Ilustrasi gambar adalah daripada Frontier Advert.
Produk minuman daripada jenama Tropicana bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Malah, terdapat juga sebilangan besar merangkumi pelbagai peringkat umur yang menjadikannya sebagai produk minuman pilihan.
Menyerlah, dengan cara yang buruk.
Namun, tahukah anda? Pada 9 Januari 2009, jenama yang dimiliki PepsiCo ini telah memutuskan untuk menukarkan reka bentuk bungkusan yang sedia ada kepada reka bentuk bungkusan yang baharu ke atas produk minuman mereka yang terlaris saat itu dalam pasaran Amerika Utara.
Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan membaca bersama kami.
Kesan dari keputusan tersebut, reka bentuk pembungkusan baharu ini telah ditolak serta dikritik oleh majoriti pengguna Tropicana. Pelancaran bungkusan baharu ini telah membawa kegagalan sehigga Tropicana terpaksa menggugurkannya dan mengembalikan versi asal pembungkusan tersebut.
Apa yang boleh dipelajari?
1. Buah Oren
Mereka telah menyingkirkan perkara yang benar-benar membuatkan jus oren itu terjual, iaitu buah oren itu sendiri.
Mengalihkan buah oren keluar dari bungkusan adalah satu tindakan yang tidak tepat kerana buah oren merupakan bahan utama yang menjadi teras mengapa minuman berasaskan bahan semulajadi tersebut diperbuat.
Walaupun mereka meletakkan sebiji gelas yang berisi jus oren penuh sebagai ganti, ianya masih dilihat gagal kerana sungguhpun pengguna mengetahui minuman yang dibeli bukanlah baru diperah namun, imej buah oren itu menzahirkan kesegaran, semula jadi dan diperbuat daripada oren semula jadi. Itulah sebab mengapa buah oren menjadi pilihan sebagai paparan utama.
2.
Kehilangan Imej Utama
Idea utama pada pembungkusan baharu ini adalah sebiji gelas berisi jus oren penuh.
Kejanggalan terlihat apabila imej besar yang ingin dipamerkan dibahagikan pada dua sisi karton. Maka, imej yang ingin dipaparkan hanya terlihat separuh. Ditamabah pula apabila ianya disusun pada rak pameran menjadikan imej utama itu sukar dilihat dan difahami.
Selain kelihatan agak kosong, reka bentuk logo Tropicana yang menjadi ikon jenama tersebut jugak diperbaharui. Ianya ditampilkan dengan lebih ringkas. Walaupun begitu, kedudukannya secara menegak dan diletakkan pada sisi kana menjadikannya sukar dilihat dan dibaca.
3.
Membuat Jenama Tidak Dikenali.
Apa yang menjadikan jus Tropicana dikenali serta lebih menonjol daripada jenama yang lain adalah ikon.
Ikon buah jus oren segar bersama straw jalur putih merah telah mengingatkan serta memudahkan orang ramai mengaitkan jus buah oren dengan jenama tersebut.
Menangggalkan ikon yang menjadi identiti minuman tersebut telah memberi kesukaran pada pengguna untuk mencari minuman ataupun jenama yang telah menjadi pilihan mereka.
4.
Mencuba Terlalu Keras.
Perubahan yang dilakukan mungkin berpihak kepada memodenkan jenama tersebut.
Namun, dalam usaha mereka untuk memodenkan jenama tersebut dan menjadikannya lebih menonjol dari yang lain, mereka gagal mengambil kira apa sebenarnya yang dimahukan oleh pengguna mereka iaitu jus segar yang mereka kenali dan gemari.
5.
Mengenepikan Penyelidikan Dalam Pasaran.
Sambutan adalah sangat negatif. Tropicana bukanlah suatu jenama asing yang berprestasi rendah dalam pasaran.
Seharusnya kempen penyelidikan diajalankan untuk mengukur sambutan dan kehendak orang ramai dalam proses mereka merombak jenama yang sedang menjadi pilihan orang ramai pada waktu dan ketika itu.
Penyelidikan dapat membantu mereka mengenal pasti sasaran dan menghindarkan mereka daripada melakukan sebarang kesilapan besar yang melibatkan kos yang begitu mahal.
Pengajaran Yang Boleh Kita Pelajari.
Tiada siapa yang mahu untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk penjenamaan semula dengan prestasi yang tidak memuaskan malah merugikan.
Namun, kadang-kala penjenamaan semula adalah penting malah perlu bagi sesetengah keadaan. Jadi bagaimana untuk melakukannya tanpa mengulangi kesilapan yang sama seperti dilakukan Tropicana?
Disini kami kongsikan beberapa tips:
1. Berubah Dengan Tujuan.
Pastikan anda mempunyai misi dan visi yang jelas.
Sasarkan matlamat sebelum mereka bentuk sesuatu. Letakkan nilai estetika yang perlu dikekalkan. Kenal pasti pasaran dan siapa pembeli utama serta pembeli idaman anda.
Sekiranya anda mengalami masalah dengan pembungkusan sedia ada, ambil masa untuk mengakaji serta mencari punca permasalahan tersebut.
Sekiranya ada melakukan perubahan dengan tujuan yang jelas, ianya mungkin akan lebih berjaya jika dibandingkan dengan anda menukar demi perubahan.
2.
Pertimbangkan Permintaan Pengguna.
Setiap keputusan reka bentuk yang dibuat untuk penjenamaan anda haruslah berlandaskan keperluan atau kehendak pengguna anda.
Terkadang idea yang anda miliki mungkin tidak selari dengan keperluan pasaran atau kehendak pengguna.
Tinjauan yang menyeluruh dalam kedua-dua aspek mungkin akan membantu anda mendapatkan maklumat secara jelas dan tepat.
3.
Jangan Hilang Jenama Anda.
Sekiranya jenama anda telah dikenali atau dekat pada pengguna melalui logo, imej atau warna tertentu, jangan sisihkan ia secara sepenuhnya. Ianya hanya mengembalikan jenama anda kepada sesuatu pemula yang asing.
Sebaliknya, anda mungkin boleh membuat sedikit rombakan tetapi masih mengekalkan cici-ciri atau identiti yang masih berpusatkan pada sesuatu teras asli.
Anda jugak mungkin boleh merubah ia secara perlahan-lahan atau berperingkat mengikut peredaran atau keperluan semasa.
Start your business with us today with social media management,
digital advertising services, creative and design.
Customize your budget • Customize your needs
Company
About us
Our team
Career
Blog
Certifications
Cinematography and Media
Corporate Video
Commercial Video
Short Video
Event Photoshoot
Event Highlight Video
Studio Rental
Studio Photoshoot
Product Photoshoot
Creative & Design
Logo Design
Product Packaging 2D & 3D
Motion Graphic Poster
Add-On Motion Graphic
Business Card
Poster
Brochure/Flyers
Character Design
Animation Poster
Signage Billboard
Social Media
Social Media Management
Event Live Update
Business Proofreading
Print Media Proofreading
Non-Technical Proofreading
Scriptwriting
Corporate Emcee
Website
Web Design
Wed Development
FRONTIER ADVERT SDN BHD
S62-1, First Floor Red Carpet Avenue Encorp The Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
S62-2, First Floor Red Carpet Avenue Encorp The Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
All Rights Reserved | Frontier Advert
Frontier Advert Sdn Bhd (1160731-M)
Privacy Policy Terms Refund Disclaimer