Google Meriliskan AI Pertama Secara Rasmi 2023 'BARD'

Google meriliskan AI pertama secara rasmi 2023 (Gambar sekadar hiasan)
SAN FRANCISO, Feb 7 - Google membelanjakan wang berbillion ringgit bagi meriliskan AI pertama secara rasmi pada tahun 2023 ini.
Syarikat gergasi seperti
Microsoft
telah melaburkan dana mereka pada
CHATGPT
iaitu sebuah perisian AI online yang terkemuka di dunia yang menjadi perintis pertama kemunculan AI secara publik.
Baca dengan lanjut tentang BARD AI
DISINI
Sememangnya Google juga tidak mahu ketinggalan malah bersaing untuk menjadi pelopor AI di masa hadapan walaupun sebelum ini Google telah menghasilkan AI pertama mereka yang diberi nama LaMDA (Language Model for Dialogue Applications). LaMDA juga dikatakan terlalu 'sentient' kerana hampir menyerupai manusia dan mempunyai emosi. Begitulah komen kata bekas engineer google, Blake Lemoine.
Tonton video tersebut
DISINI
Lantas dengan itu, LaMDA tidak dapat dikeluarkan tetapi tetap menjadi asas kepada BARD. Diatas sebab ini, ia dikatakan telah melepasi 'Percubaan Turing' atau
TURING TEST. Apakah itu TURING TEST?
Turing test adalah dimana sesebuah AI dikatakan mampu berfikir dan mempunyai emosi seperti manusia.
CHATGPT dibina oleh syarikat yang berpangkalan di San Francisco iaitu
OPENAI mampu menulis essay, code programming dan puisi di dalam masa beberapa saat sahaja. Ini telah mencetuskan fenomena seluruh dunia pada beberapa bulan yang lepas. Ia juga ditakuti kerana AI ini mampu menggantikan beberapa sektor pekerjaan yang penting.

Kehadiran CHATGPT merupakan
game changer di dalam teknologi dan syarikat-syarikat yang menggunakan AI. Google terkesan dengan kehadiran ini kerana ia mampu merobek industri enjin carian yang selama ini dimonopoli oleh Google.
Bayangkan perkhidmatan AI ini mampu memberikan anda jawapan secara terus tanpa perlu mencari beberapa laman sesawang untuk dijadikan rujukan. Ia menjimatkan masa, memberi data yang tepat tanpa kesalahan dan menjawab segala pertanyaan seolah-oleh seperti seorang manusia.
Apakah sebab-sebab Google meriliskan BARD AI ini dengan cepat? Antara sebab-sebab tersebut adalah Google tetap ingin menjadi pelopor dan perintis teknologi pada waktu sekarang dan masa depan.
Walau apa pun, sememangnya teknologi AI tidak akan dapat dihalang pada masa hadapan. Ia sememangnya membantu kehidupan manusia supaya menjadi taraf yang lebih tinggi agar semua kerja yang dilakukan secara rutin dapat dikurangkan dengan bantuan AI.
Persoalannya, adakah kehidupan manusia akan menjadi lebih proaktif dengan bantuan AI?
Sememangnya inilah teori yang hangat di debatkan sejak 6 tahun lepas. Tahun ini 2023 menjadi pemangkin kemajuan AI dengan keluaran BARD pada hari ini.
Google menjelaskan bahawa walaupun AI telah rilis pada tahun ini, AI tidak mampu melakukan pertimbangan yang wajar seperti yang manusia lakukan. AI hanya bertindak terhadap automasi dan kod-kod yang telah dipasangkan kepada arahannya.
Walaupun begitu, skeptikal ini tetap tidak berubah dengan kehadiran AI sentiasa dimomokkan dengan variasi kehancuran manusia dari pelbagai versi.
Oleh dengan itu, kita harus memikirkan kewujudan BARD ini adalah positif agar kelangsungan pekerjaan manusia dan perkhidmatan AI dapat di seimbangkan menerusi pelbagai sektor meliputi kemanusian, pekerjaan dan kemajuan.
Jadi, apakah komen anda tentang BARD ini?
