SMS MARKETING: Teknik Terbaik Menawan Hati Pelanggan

Pernahkah anda terima pesanan ringkas SMS melalui telefon bimbit anda sebaik sahaja selepas membuat pembelian online?
Jika ya, mungkin anda telah melalui tentang salah satu teknik marketing yang di panggil
SMS Marketing.
SMS marketing adalah satu konsep yang digunakan oleh para pemasaran perniagaan bagi memberi kesan pengalaman yang terbaik di dalam proses jualan secara online.
Bayangkan anda menerima pesanan ringkas SMS sebaik sahaja anda baru selesai membeli produk secara online yang mengatakan "TERIMA KASIH kerana membeli barang di Store" ataupun "barang yang anda pesan telah dihantar keluar".
Ini akan memberikan pelanggan pengalaman jualan yang terbaik!
Tetapi mengapa ramai peniaga tidak menggunakan marketing jenis ini?
1. Setiap penghantaran SMS akan dikenakan pembayaran.
Ya. Memang setiap kali penghantaran sms ke nombor pelanggan anda akan dikenakan pembayaran. SMS mempunyai 160 had karakter abjad yang dikira pada semua perkataan termasuk
spacing
juga!
2. Banyak Digunakan Oleh Scammer
Kebanyakkan scammer seringkali memanipulasi teknik marketing ini bagi mendapat kepercayaan dari pelanggan yang dituju.
Zaman sekarang tidak ramai yang melihat sms di telefon bimbit mereka kerana beranggapan bahawa sms adalah teknik kuno yang tidak relevan pada waktu kini.
Oleh itu, kebanyakkan scammer cuba eksploitasi keberadaan teknik pemasaran ini bagi menghantar link-link tertentu kepada pelanggan mereka. Disebabkan itu ramai di antara kita beranggapan bahawa teknik SMS Marketing adalah Teknik Scammer. Malah ia sering digunakan dari agensi kasino mahupun industri gaming.
3. Tidak Revelan
Seiring dengan perkembangan zaman yang mempunyai kemudahan komunikasi lain yang tidak berbayar seperti Whatsapp, Telegram, Fb Messenger telah menjadi teknik marketing ini nampak seolah-olah tidak lagi revelan.
Tetapi tahukah anda siapakah yang masih lagi menggunakan teknik pemasaran seperti ini?
Jangan anda terkejut kerana teknik ini masih lagi diguna pakai pada zaman yang berteknologi moden ini. Antara industri besar yang masih lagi menggunakan teknik pemasaran seperti ini adalah sektor perbankan, automotif, pelaburan, retail, pembelajaran, kesihatan, hartanah, pelancongan, hiburan wayang dan juga restoran.
MENGAPAKAH TEKNIK SMS MARKETING PENTING BAGI TEKNIK PEMASARAN SEHARIAN ANDA?
Semua orang tahu bahawa teknik ini memerlukan kos bagi menghantar kepada pelanggan kerana ia masih menggunakan rangkaian celular data telekomunikasi seperti Digi, Maxis, Celcom dan rangkaian yang lainnya.
Oleh itu, maka seandainya perniagaan anda menggunakan teknik pemasaran SMS ini sedarlah anda bahawa anda telah menunjukkan bahawa perniagaan anda adalah kukuh dari segi kewangan, sistem flow dan juga kepercayaan pelabur.
Sekaligus, ia mampu meningkatkan tahap kepercayaan yang tinggi pada perniagaan anda, membuatkan pelanggan kekal pada jenama anda dan juga memberikan rasa
after taste pengalaman rasa pembelian yang tidak akan dilupakan walaupun pelanggan anda baca dan tidak klik pada SMS marketing yang anda sampaikan itu!
Inilah kuasa dalaman teknik kempen
SMS Marketing.
