Kredit gambar: Frontier Advert.
Hampir keseluruhan jenama, produk ataupun perkhidmatan mempunyai rekaan grafik bagi membangun karakter serta identiti tersendiri.
Ianya bertujuan mewujudkan imej, nilai estetik dari pandangan kaca mata.
01
Apakah itu reka bentuk grafik?
Berdasarkan
AIGA (Institut Reka Bentuk Grafik Amerika), Reka Bentuk Grafik boleh ditakrifkan sebagai "seni dan amalan merancang dan mengunjurkan idea serta pengalaman dengan kandungan visual dan tekstual". Reka bentuk grafik ialah segala yang menyampaikan mesej visual, melalui tipografi, imej, warna dan bahan.
Reka bentuk grafik muncul pada akhir abad ke-XNUMX di Eropah kerana perubahan drastik yang muncul akibat revolusi perindustrian. Bandar-bandar yang mula berkembang dan membangunkan komunikasi yang lebih baik, pengangkutan yang lebih baik serta pembangunan dalam teknologi. Justeru itu, Eropah mencari gaya tersendiri yang mewakili zaman baharu dan begitulah lahirnya modenisme. Kemudian muncul Sekolah Bauhaus di Jerman dan Art Deco di Perancis. Malah, dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, reka bentuk grafik sangat penting di Barat.
Hari ini reka bentuk grafik telah berkembang ke arah digital. Perubahan dari kertas ke skrin bermakna reka bentuk grafik boleh dihantar dengan lebih cepat dan berkesan. Ia juga telah menyebabkan perubahan dalam cara kita berkomunikasi melalui teks atau imej dalam reka bentuk.
02
Sumbangan Reka Bentuk Grafik Dalam Pemasaran.
Reka bentuk grafik yang menarik serta memiliki ideologi yang mapan mewujudkan pengaruh serta sumbangan yang besar dalam pemasaran. Ianya membina hubungan diantara prospek dengan produk atau perkhidmatan melalui pancaindera kaca mata. Disamping itu, reka bentuk grafik membantu menyampaikan maklumat, pesanan atau data secara lansung mahupun tidak lansung.
Reka bentuk grafik yang baik dapat diukur melalui kejayaan sesuatu pengiklanan ke atas perkhidmatan atau pembungkusan ke atas produk. Walaupun tidak secara keseluruhan, namun ianya menjadi faktor utama bagi sesuatu pemasaran itu dapat disampaikan secara jelas.
Ini kerana, maklumat atau pesanan yang dihasilkan melalui reka bentuk grafik secara bertulis mampu memberi impak ingatan yang lebih berkesan dan jelas.
03
Reka Bentuk Grafik Dalam Syarikat.
Dewasa ini, semakin banyak syarikat yang mencari pereka grafik, sama ada untuk menjadikan halaman web mereka lebih menarik kepada pengguna, dan menjadikan rangkaian sosial mereka kelihatan lebih profesional atau untuk menjadikan komunikasi mereka lebih berkesan.
Sekiranya terdapat reka bentuk yang baik, syarikat boleh mendapat beberapa faedah, seperti:
Untuk menjana reka bentuk yang dikenali dalam jenama, adalah penting bagi mewujudkan identiti korporat. Identiti korporat adalah dokumen perniagaan yang menunjukkan identiti secara visual sesuatu jenama. Identiti visual boleh menjadi ciri warna, bentuk, tipografi atau komposisi untuk reka bentuk. Jika manual ini tidak diikuti, akhirnya reka bentuk tidak akan diselaraskan dengan jenama dan gaya.
04
Kemahiran Seorang Pereka Grafik.
Terdapat beberapa perkara penting untuk menjadi pereka yang baik secara profesional. Kreativiti, pendengar aktif, dan kemahiran serta kepekaan terhadap permintaan industri mahupun prospek.
Akhir kata, anda telah melihat bahawa reka bentuk grafik adalah penting dalam pemasaran. Ianya adalah bahagian yang dapat dilihat, menyampaikan pesanan dan meningkatkan imej sesuatu produk atau perkhidmatan.
Saat ini, ia telah berevolusi sepenuhnya ke era digital, hampir kesemua memerlukannya dan ianya akan kekal menjadi sebahagian daripada masa hadapan.
Start your business with us today with social media management,
digital advertising services, creative and design.
Customize your budget • Customize your needs
Company
About us
Our team
Career
Blog
Certifications
Cinematography and Media
Corporate Video
Commercial Video
Short Video
Event Photoshoot
Event Highlight Video
Studio Rental
Studio Photoshoot
Product Photoshoot
Creative & Design
Logo Design
Product Packaging 2D & 3D
Motion Graphic Poster
Add-On Motion Graphic
Business Card
Poster
Brochure/Flyers
Character Design
Animation Poster
Signage Billboard
Social Media
Social Media Management
Event Live Update
Business Proofreading
Print Media Proofreading
Non-Technical Proofreading
Scriptwriting
Corporate Emcee
Website
Web Design
Wed Development
FRONTIER ADVERT SDN BHD
S62-1, First Floor Red Carpet Avenue Encorp The Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
S62-2, First Floor Red Carpet Avenue Encorp The Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
All Rights Reserved | Frontier Advert
Frontier Advert Sdn Bhd (1160731-M)
Privacy Policy Terms Refund Disclaimer