Kredit gambar: carsome.my
PeRusahaan
OTOmobil
Nasional Sendirian Berhad (PROTON) adalah pengeluar pertama kereta jenama Malaysia. Ditubuhkan pada 9 Julai 1985 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta.
Seiring waktu berlalu, teknologi, pembinaan, serta rekaan turut berubah mengikut permintaan semasa. Justeru, PROTON juga tidak terkecuali dalam persaingan bagi memenuhi citarasa para penggemarnya. Dari rekabentuk luaran, dalaman serta teras yang menjadi asas kepada PROTON itu sendiri iaitu Logo.
Logo PROTON juga telah melalui beberapa evolusi. Berikut kami kongsikan rekaan Logo PROTON daripada awal penubuhannya sehingga ke hari ini.
01
Bintang dan Bulan Sabit Malaysia (1985)
Berasaskan bentuk bintang dan bulan pada bendera Malaysia bagi menimbulkan rasa bangga terhadap kejayaan Malaysia yang mampu mengeluarkan kereta jenamanya sendiri. Model Proton Saga yang merupakan keluaran pertama kereta nasional ini adalah pengguna pertama logo Bintang dan Bulan Sabit Malaysia. Namun, apa yang menarik serta membuatkan logo ini kelihatan ranggi pada zaman 80-an adalah logo itu bercahaya apabila lampu depan dihidupkan.
02
Mengekalkan Motif Malaysia Dengan Sentuhan Moden (1993)
Setelah memasuki era 90-an, PROTON mengikuti arus pemodenan semasa dalam mengubah reka bentuk logonya. PROTON telah mengambil langkah mengecilkan dan mengubah kerangka bentuknya kepada sedikit bulan, namun masih mengekalkan motif bendera Malaysia. Antara model yang mengguna pakai logo ini adalah Proton Iswara, Proton Wira dan Proton Perdana dengan slogan "Pride of The Nation" (Kebanggaan Negara).
03
Era Baru, Logo Baru Yang Lebih Radikal (2000)
Setelah memasuki alaf baru, PROTON melakukan rombakan yang besar yang mana mengenalkan motif Harimau Malaya pada logonya serta telah mengasimilasikan perkataan 'PROTON' dengan huruf besar dan tebal. Ianya menjadi satu tindakan berani yang mengubah identiti bendera Malaysia pada logo sebelumnya. Langkah tersebut juga membawa maksud pertama kalinya PROTON menggunakan rekaan logo yang sama bagi pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa sebagai aspirasi globalnya. Logo ini diperkenalkan pada model Proton Waja. Ianya memiliki slogan "Spirit of Achievement" (Semangat Kejayaan). Terdapat juga fakta menarik dalam rekaan logo kali ini, iaitu pemilihan warna hijau yang menandakan hubungan erat antara PROTON dengan LOTUS, yang mana PROTON memiliki kepentingan dalam syarikat sportscar daripada Bristih tersebut.
04
Tona Yang Lebih Serius (2008)
Menjangkau tahun 2008, PROTON melakukan sedikit perubahan kecil pada rekaan logonya dengan memberi sentuhan warna monokrom dengan gaya lebih serius. Ianya diperkenalkan pada model Proton Saga Facelift. Perubahan pada kali ini turut dicerminkan dalam tagline mereka "Committed to be Better" (Berkomitmen untuk Lebih Baik).
05
Lebih Besar, Lebih Berani (2016)
Pada logonya kali ini, PROTON mengambil sedikit langkah berbeza dengan mengeluarkan perkataan PROTON bagi memberikan nafas yang baharu serta memberikan ruang yang lebih luas untuk motif Harimau Malaya dalam bentuk 3D dengan rangka yang lebih tebal pada bahagian cincin dan perisai.
Tagline bagi logo baru ini ialah "It's in the Drive" (Pada Pemanduannya)
06
Perkongsian Baru, Logo Baru (2018)
Diperkenalkan atas dasar usaha sama yang baru dengan GEELY. Menampilkan logo yang lebih ringkas dimana tiada lagi bentuk perisai dan hanya terdapat lingkaran bulat sekitar harimau. Reka bentuk kepala harimau juga diolah kembali dengan rahang yang menghala kedepan dan bukan ke bawah seperti sebelumnya. Ini bagi menandakan kekuatan, ketangkasan, keberanian serta kebanggaan. Slogan yang digunakan pada kali ini adalah "Inspiring Connection" (Inspirasi Hubungan). Logo ini diperkenalkan pada model Proton X70 CKD.
Start your business with us today with social media management,
digital advertising services, creative and design.
Customize your budget • Customize your needs
Company
About us
Our team
Career
Blog
Certifications
Cinematography and Media
Corporate Video
Commercial Video
Short Video
Event Photoshoot
Event Highlight Video
Studio Rental
Studio Photoshoot
Product Photoshoot
Creative & Design
Logo Design
Product Packaging 2D & 3D
Motion Graphic Poster
Add-On Motion Graphic
Business Card
Poster
Brochure/Flyers
Character Design
Animation Poster
Signage Billboard
Social Media
Social Media Management
Event Live Update
Business Proofreading
Print Media Proofreading
Non-Technical Proofreading
Scriptwriting
Corporate Emcee
Website
Web Design
Wed Development
FRONTIER ADVERT SDN BHD
S62-1, First Floor Red Carpet Avenue Encorp The Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
S62-2, First Floor Red Carpet Avenue Encorp The Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
All Rights Reserved | Frontier Advert
Frontier Advert Sdn Bhd (1160731-M)
Privacy Policy Terms Refund Disclaimer