Sejarah Disebalik Penemuan Kamera Pertama di Dunia

Gambar diambil daripada shotkit.com
Pada arus kini, kamera bukan lagi suatu peranti yang asing dan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya adalah suatu keperluan pada setiap orang pada hari ini. Sama ada sebagai keperluan bagi penggunaan peribadi, keselamatan kenderaan, pekerjaan, pemantauan kediaman atau pejabat serta pelbagai lagi.
Kamera merupakan peranti yang diciptakan untuk membentuk dan merakan sesuatu bayangan potret dalam lembaran filem. Sebagaimana peranti yang lain, kamera juga tidak terlepas dari evolusi teknologi yang menuntut penambahbaikan mengikuti arus pemodenan.
Penemuan Kamera Pertama Di Atas Muka Bumi
Dalam perkembangannya, kamera juga mengalami beberapa era evolusi sejak dihasilkan. Berikut merupakan sejarah disebalik penemuan
kamera pertama di dunia yang mana mengubah konsep kehidupan di dunia.
Kamera pertama di bumi ditemukan adalah oleh seorang cendekiawan muslim, iaitu Abu Ali Al-Hasan Ibn Al-Haytham atau dikenali sebagai Alhazen, pada abad ke 10. Alhazen juga adalah orang yang pertama mempelajari cara mata berfungsi untuk melihat.
Kamera pertama yang dihasilkan oleh beliau, adalah kamera lubang jarum ataupun dikenali sebagai kamera obscura, iaitu kamera yang berfungsi dengan menggunakan cahaya untuk memancarkan gambar di atas permukaan datar. Dalam rangkaian pengkajian beliau dalam penelitian optik, Alhazen menggunakan istilah Al-Bayt Al-Muthlim yang membawa maksud ruang gelap.
Alhazen sendiri tidak pernah menyatakan bahawa kalau dirinya adalah orang yang pertama menemukan kamera, hal ini disebabkan oleh idea awal kamera telahpun dijelaskan seorang filsuf China bernama Mozi sejak 400 tahun sebelum masihi. Konsep kamera obscura untuk memahami prinsip optik pun sebelumnya telah ditulis oleh seorang Aristoteles.
Pada tahun 1827, seorang ilmuwan berasal dari Perancis bernama Joseph Nicephore Niepce, mengembangkan gambar fotografi pertama dengan kamera obscura. Inilah yang menjadi faktor asas kepada industri fotografi yang bersifat kekal.
George Eastman adalah seorang watak yang berperanan sebagai perintis penggunaan film fotografi, dimana pembuatan negatif filem menjadi aras baru dalam industri fotografi moden.
"Pada tahun 1888 Eastman, seorang pendiri perusahaan Eastman Kodak co, menemukan film gulung yang berjasa menyebarluaskan fotografi".
Setelah
penemuan kamera pertama di bumi, evolusi terus berlanjut sampai kamera bisa diletakkan ke berbagai perangkat seperti ponsel, cctv, dan lainnya. Dan kini fotografi bukan menjadi hal yang eksklusif seperti saat kali pertama kamera ditemukan.(DK)
Sumber:
Buku 1000+ Penemuan Menakjubkan di Dunia, Yusup Somadinata (2016:79)
Laman sesawang shotkit.com
Laman sesawang kumparan.com
Laman sesawang filmlifestyle.com
