Strategi Personal Branding Khairul Aming 




 "Hey.. what's up guys" 


Tagline ini telah menjadi sangat familiar dengan influencer Khairul Aming dan tidak asing lagi buat pengguna media sosial. Jika disebut namanya mesti teringat "Sambal Nyet Berapi" yang dijualnya. Kebelakangan ini, media sosial sekali lagi dihujani dengan content Khairul Aming membelanja pekerjanya baju raya dan diberikan bonus duit raya yang lumayan. Demikian, ramai yang mula lebih menghormati Khairul Aming sebagai usahawan dan influecer yang berjaya.

 

Di sebalik kejayannya, tahukah anda bahawa Khairul Aming merupakan seorang graduan  luar negara dalam bidang Mechanical Engineering. Sebelum menjadi seorang influencer, dia bekerjaya dalam bidang kejuruteraan oil & gas. Sebelum adanya sambal Nyet, beliau pernah mengeluarkan produk sambal yang dinamakan sebagai "Sambal King by Rasapop" tetapi tidak mendapat sambutan dan membawa kepada kerugian yang banyak.


Disamping kegagalan yang dihadapi, Khairul Aming teruskan usahanya dengan membuat content di instagram dan tiktok dan menggunakan namanya sendiri sebagai personal branding. Dari situ dia mendapat jutaan viewer dan followers di instagram (3.6 juta) dan tiktok (3.3 juta). Dengan kejayaannya sebagai food content creator membolehkan dia rebranding semula produk sambalnya sebagai "Sambal Nyet Berapi". 



Terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh Khairul Aming untuk personal branding.

 

 1) PEMILIHAN CONTENT NICHE 


Pemilihan content niche adalah sangat penting untuk content creator di media sosial. Content niche yang membuatkan pengguna untuk mengikuti influencer content creator di media sosial. Seperi Khairul Aming, dia membuat niche memasak dan menarik ramai pengguna untuk mengikutinya untuk mengetahui resepi masakan yang pelbagai.

 

2) PEMILIHAN TAGLINE YANG CATCHY 


Seterusnya, pemilihan tagline yang catchy "Hey.. what's up guys". Tagline ini menjadi significant kepada Khairul Aming. Setiap video yang dibuat mesti ada tagline tersebut. Tagline ini adalah penting untuk brand identiti untuk dikenali oleh umum. Sebagai contoh, jenama sukan terkenal Nike menggunakan tagline "Just do it". Tagline ini bersesuaian untuk meningkatkan motivasi dan senang diingati oleh orang ramai.

   

 3) PEMILIHAN PRODUK 


Pemilihan produk yang betul merupakan aset terpenting untuk usahawan memasarkan produk mereka. Khairul Aming memilih untuk mengeluarkan produk sambal adalah sebuah idea yang bernas. Ianya kerana rakyat Malaysia ramai meminati makanan pedas seperti sambal. Selain itu, ia juga senang untuk dimakan dengan apa sahaja. Harganya juga sangat berpatutan dan mampu milik. Dengan pengaruhnya yang kuat membuatkan produk ini sangat terkenal. Kebelakangan ini jualan Sambal Nyet telah membuat rekod baru dengan 13,000 botol telah terjual dalam masa 2 minit di platform shoppee. Ini merupakan sesuatu yang sangat mengagumkan.

   

4) CRISIS MANAGEMENT & PUBLIC RELATION (PR) YANG SANGAT BAGUS 


Di samping populariti yang diraih oleh Khairul Aming, dia juga mengalami masalah kecaman daripada netizen. Ianya berlaku disebabkan servis yang kurang baik oleh pekerjayanya dan secara tidak langsung telah memberi imej yang buruk terhadapnya. Khairul Aming mempunya crisis management & public relation (PR) yang sangat bagus. Dia terus mengambil tindakan yang pantas untuk membidas segala tuduhan yang diperkatakan oleh netizen dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan secepat mungkin.  Dia juga sentiasa memastikan produk dan servis yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik dan memberikan kepuasan kepada semua.

 

Khairul Aming layak diangkat sebagai ikon usahawan muda yang berjaya pada masa kini. Usaha dan kerajinnanya telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja daripada pelbagai latar belakang kehidupan boleh berjaya. Penggunaan media sosial mempunyai kebaikannya tersendiri jika digunakan dengan cara yang betul. Dengan adanya strategi personal branding yang baik, anda juga boleh berjaya seperti Khairul Aming.

 

Kami di Frontier Advert menyediakan perkhidmatan digital marketing untuk membantu anda berjaya dalam mempromosikan perniagaan ada. Kami dapat membantu dari segi membina identiti brand, menyumbangkan idea pemasaran, membuat iklan dan juga membuat kreatif untuk iklan dan content untuk media sosial anda. hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.


By Frontier Advert March 4, 2025
PRODUKSI FILEM VS PRODUKSI VIDEO: APA BEZANYA?
By Frontier Advert February 19, 2025
Dalam dunia perniagaan, mengenali target konsumer adalah langkah penting untuk memastikan kejayaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa memahami siapa pelanggan anda, sukar untuk mencipta strategi pemasaran yang berkesan. Berikut adalah beberapa cara untuk mengenali target konsumer bisnes anda:
By Frontier Advert February 18, 2025
In today’s competitive market, building a strong brand identity is crucial for standing out and attracting loyal customers. A well-defined brand identity not only sets you apart from competitors but also fosters trust and recognition among your target audience. Here’s a step-by-step guide to creating a compelling brand identity for your business.
By Hafizam February 4, 2025
How AI is Transforming the World of Work in Malaysia
By Frontier Advert February 4, 2025
While both DeepSeek and ChatGPT represent cutting-edge AI language models, they take distinctly different approaches to solving similar problems. Let's break down their key differences in a way that matters.
By Tag Moy January 24, 2025
“Why do I need a website for your business?” is still quite common. This blog talks about the top 5 reasons why your business needs a website in 2025, regardless of the industry you are in.
Frontier Advert - FA Channel
By Frontier Advert July 29, 2024
Social Media coverage Aesthetic. Perlu ke? Jom kita tanya apa pandangan mereka.
Aesthetic and Cosmetics Symposium 2024
By Frontier Advert July 27, 2024
Aesthetic and Cosmetics Symposium 2024 (ACOS 2024) event terbesar untuk kedoktoran pada tahun ini. Ramai professionals akan hadir dari seluruh dunia.
Business automation
By Frontier Advert December 19, 2023
How to automate your business and grow! This handy tips will keep your business firm.
By Frontier Advert November 18, 2023
What is Blue Ocean Marketing Strategy and why it is crucial to implement into your business. The best way is market is to create your own demand.
More Posts