Kisah Pepsi Menipu Pelanggan Dengan Menawarkan Jet Harrier Sebagai Hadiah Cabutan Bertuah.

Gambar adalah illustrasi daripada Frontier Advert.

Pernah anda terbayangkan sebuah jet sebagai hadiah cabutan? Suatu ketika dulu, jika anda masih ingat, banyak syarikat pengeluar minuman menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah sebagai ganjaran kepada pembeli sama ada menjadi pelanggan setia atau membeli peroduk mereka dalam kuantiti yang ditentukan. Hadiah-hadiah yang ditawarkan pastinya menggiurkan seperti kereta, motosikal atau sejumlah wang. Itulah kaedah pemasaran yang dilihat berkesan dan memberi impak yang besar pada ketika itu bagi menjana jumlah jualan yang tinggi.


Coca-Cola juga dilihat tidak terlepas daripada melakukan pemasaran seperti ini Pepsi juga turut mengguna pakai teknik ini bagi mengatasi Coca-Cola. Namun, Pepsi kali ini telah menjangkau batas fikiran logik, apabila menawarkan Jet Harrier pada sesiapa yang berjaya memperoleh 7 juta mata Pepsi.


Apakah yang telah membuatkan Pepsi berani mengambil langkah ini dan begitu meyakini bahawa untuk memenangi Jet Harrier adalah sesuatu yang mustahil? Mari kita lihat, bagi mendapatkan 5 mata Pepsi, pelanggan perlu membeli 12 pek Pepsi. Jika dihitung secara matematik, 17 juta tin Pepsi harus dibeli dan diminum. Sementelahan, Pepsi hanya mengeluarkan 17 juta. Justeru, bagi memenangi cabutan bertuah tersebut, pelanggan perlu membolot kesemua minuman Pepsi dalam pasaran.


Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ket anah juga. Kecacatan terma dan syarat yang dikemukakan Pepsi dapat dihidu oleh seseorang pelanggan bernama John Leonard apabila beliau melihat pada katalog Pepsi, syarikat itu menyatakan bahawa pelanggan yang mempunyai minimum 15 mata Pepsi, dibenarkan untuk membeli mata tambahan berjumlah 10 sen setiap satu dengan syarat pelanggan perlu memperolehi 15 mata terlebih dahulu. Selepas itu, barulah pembelian boleh dibuat menerusi cek.


Apabila dihitung, John Leonard hanya perlu membelanjakan $800,000 sahaja bagi memenangi jet harrier, sedangkan harga jet harrier pada ketika itu mencecah $33 juta. Maka, John Leonard telah bekerjasama dengan Todd Hoffman bagi memperoleh modal membeli mata Pepsi.


Setelah itu, John Leonard telah menghantar 15 mata Pepsi berserta cek yang berisi wang sebanyak $800,000. Hanya beminggu-minggu kemudian, Pepsi membalas dengan memulangkan kepadanya cek bersama baucar. Perkara ini tidak dapat diterima oleh John Leonard, lantas mengambil tindakan mahkamah ke atas Pepsi. Bagi meredakan kemelut, Pepsi cuba berunding di luar mahkamah dengan menawarkan sejumlah wang kepadanya. Namun John Leonard tetap berkeras menolaknya dan masih utuh dengan pendiriannya yang mahukan jet harrier seperti apa yang telah ditawarkan oleh Pepsi.


Setelah 3 tahun perbicaraan, kemenangan akhirnya berpihak kepada Pepsi, kerana 'New York Southern District' mendapati hanya orang kurang siuman sahaja yang akan mempercayai iklan Pepsi yang menawarkan jet harrier sebagai hadiah cabutan bertuah. Walaupun begitu, John Leonard tidak mengalah dan cuba membuat rayuan mencabar keputusan mahkamah, namun nasib tidak memihak kepadanya apabila hasilnya tetap sama.


Akhirnya sekali, pengajaran yang kita perolehi adalah, untuk memasarkan produk atau jualan, seharusnya dengan pengiklanan yang logik dan tidak mempunyai unsur-unsur penipuan bagi mengelakkan kesan buruk atau risiko yang lebih besar kepada syarikat.

By Frontier Advert March 4, 2025
PRODUKSI FILEM VS PRODUKSI VIDEO: APA BEZANYA?
By Frontier Advert February 19, 2025
Dalam dunia perniagaan, mengenali target konsumer adalah langkah penting untuk memastikan kejayaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa memahami siapa pelanggan anda, sukar untuk mencipta strategi pemasaran yang berkesan. Berikut adalah beberapa cara untuk mengenali target konsumer bisnes anda:
By Frontier Advert February 18, 2025
In today’s competitive market, building a strong brand identity is crucial for standing out and attracting loyal customers. A well-defined brand identity not only sets you apart from competitors but also fosters trust and recognition among your target audience. Here’s a step-by-step guide to creating a compelling brand identity for your business.
By Hafizam February 4, 2025
How AI is Transforming the World of Work in Malaysia
By Frontier Advert February 4, 2025
While both DeepSeek and ChatGPT represent cutting-edge AI language models, they take distinctly different approaches to solving similar problems. Let's break down their key differences in a way that matters.
By Tag Moy January 24, 2025
“Why do I need a website for your business?” is still quite common. This blog talks about the top 5 reasons why your business needs a website in 2025, regardless of the industry you are in.
Frontier Advert - FA Channel
By Frontier Advert July 29, 2024
Social Media coverage Aesthetic. Perlu ke? Jom kita tanya apa pandangan mereka.
Aesthetic and Cosmetics Symposium 2024
By Frontier Advert July 27, 2024
Aesthetic and Cosmetics Symposium 2024 (ACOS 2024) event terbesar untuk kedoktoran pada tahun ini. Ramai professionals akan hadir dari seluruh dunia.
Business automation
By Frontier Advert December 19, 2023
How to automate your business and grow! This handy tips will keep your business firm.
By Frontier Advert November 18, 2023
What is Blue Ocean Marketing Strategy and why it is crucial to implement into your business. The best way is market is to create your own demand.
More Posts